Keistimewaan bayam terletak pada kandungan vitamin K;
setiap 100 g membekal lebih dari 483 mcg, bersamaan 460% lebih vitamin K dari kadar saranan harian
Sayur Bayam
Banyak varieti bayam, tapi semuanya tergolong dalam 3 kelompok utama:
- Bayam Savoy. Daunnya hijau pekat dan berkeriput. Terdiri dari beberapa varieti; seperti bayam Bloomsdale, Merlo Nero (dari Itali) dan Viroflay (jenis daun besar lebar). Kelompok ini banyak terdapat di negara-negara Amerika.
- Bayam Spara Savoy. Kelompok kacukan. Daunnya mirip bayam savoy, sedikit berkeriput dan lebih mudah dicuci. Teksturnya hampir sama dengan savoy.
- Bayam Rata. Daunnya mendatar atau licin tapi agak lebar. Lebih mudah dicuci berbanding kelompok bayam savoy dan spara savoy.
Khasiat Bayam
Bayam berkhasiat tinggi pada kesihatan. Mengandungi beberapa jenis vitamin, zat gizi dan zat phyto yang diperlukan oleh tubuh. Memiliki nilai-nilai anti-oksidan, anti-keradangan dan anti-kanser bagi melindungi tubuh dari penyakit.
Vitamin-Vitamin Dalam Bayam. Bayam kaya dengan vitamin A; tinggi kandungan lutein dan zeaxanthin.
Ia juga mengandungi vitamin B-kompleks; B1/thiamin, B2/rivoflavin, B3/niasin, B6/pyridoxine, dan B9/folate paling tinggi. 'Polyglutamyl folate' dari B9 merupakan bahagian yang penting pada sel-sel. Namun memasak bayam boleh menghilangkan separuh dari kandungan folatenya.
Sepertimana dengan kebanyakan sayur-sayuran lain, bayam juga tinggi kandungan vitamin C. Turut terkandung ialah vitamin E.
Vitamin K dalam bayam paling tinggi. Bayam sarat dengan vitamin K; setiap 100 g membekal lebih dari 483 mcg, bersamaan 460% lebih vitamin K dari kadar saranan harian. Jarang terdapat jenis sayur-sayuran yang tinggi kandungan vitamin K sepertimana bayam dan juga kale.
Apakah kelebihan vitamn K ?
Keistimewaan bayam terletak pada kandungan vitamin K. Bayam sangat kaya dengan vitamin K; setiap 100 g membekal lebih dari 483 mcg, bersamaan 460% lebih vitamin K dari kadar saranan harian. Bayam juga mengandungi kalsium dan magnesium yang menguatkan tulang.
Vitamin K berperanan utama sebagai faktor pembeku darah yang sihat, penghalang pendarahan yang berlebihan. Walaupun pembekuan darah kedengaran seperti proses biasa yang tidak begitu perlu dititik-beratkan, tetapi sebenarnya ia amat penting pada kesihatan harian. Disatu segi, luka perlukan kemampuan darah membeku bagi menutup luka dan menghindar dari pendarahan berlebihan. Disegi lain pula, terlalu banyak pembekuan darah meskipun tidak luka, memungkinkan terbina tompokan darah beku yang boleh menyekat dan menyumbat pengaliran darah, menjejaskan perjalanan darah ke jantung, otak dan lain-lain bahagian, natijahnya menggugat kesihatan dan nyawa. Justru, vitamin K merupakan zat yang penting bagi memelihara kemampuan darah membeku pada tahap yang saksama.
Vitamin K yang kaya dalam bayam juga bermanfaat memelihara kesihatan tulang. Vitamin K1 membantu mencegah 'osteoclast' (sel-sel menyerap kembali kalsium dan meruntuhkan tulang-tulang) agar tidak terlalu aktif.
Manakala bakteria manfaat dalam usus akan menukar vitamin K1 menjadi vitamin K2, yang akan mengaktifkan 'osteocalcin' (protein Gla osteocalcin, sejenis protein bukan-kolagen yang terdapat dalam tulang). Osteocalcin adalah bahan yang mengikat molekeul-molekeul kalsium dalam tulang. Osteocalcin berkait-rapat dengan ketumpatan tulang. Ia bergabung dengan ion kalsium untuk proses pembinaan melalui pengkalsiuman (calcification).
Zat Gizi. Bayam juga mengandungi berbagai zat gizi: kalsium, besi, magnesium, manganese, fosforus, potassium, dan zinc. Tembaga, dan selenium juga terdapat dalam beberapa spesis bayam.
Bayam mengandungi zat besi yang boleh dikatakan tinggi; setiap 100 g membekal lebih dari 2.71 mg, bersamaan 21% lebih vitamin K dari kadar saranan harian. Namun begitu, bayam juga mengandungi bahan-bahan pencegah penyerapan zat besi seperti 'oxalate', bahan yang mengikat zat besi menjadi 'ferrous oxalate', sehingga kebanyakan zat besi tidak boleh diserap oleh tubuh. Kadar oxalate yang tinggi dalam tubuh juga boleh menghakis zat besi dari tubuh.
Kalsium dalam bayam agak tinggi, tetapi dari jenis yang tidak mudah pula diserap oleh tubuh. Kandungan oxalate didalam bayam juga turut mengikat kalsium, mengurangkan kadar penyerapannya. Kalsium dan zinc juga membataskan penyerapan zat besi. Menurut satu sumber, jika bayam dibandingkan dengan brokoli, tubuh boleh menyerap kira-kira separuh kalsium yang berada dalam brokoli, tetapi hanya 5% kalsium sahaja dari bayam.
Magnesium juga tinggi dalam bayam; setiap 100 g membekal 79 mg magnesium (22% + dari kadar saranan harian yang diperlukan oleh tubuh).
- Magnesium penting untuk urusan metabolisma tubuh, sebagai faktor gandingan kepada lebih dari 300 jenis enzim.
- Berperanan dalam metabolisma tenaga, sebagai faktor gandingan kepada lebih dari 100 jenis enzim yang terlibat dalam pengawalan gula dan metabolisma glukos. Magnesium membantu mengurus tindak-balas insulin terhadap kadar gula dalam darah, dan memelihara tekanan darah, mengurangkan risiko penyakit Kencing Manis Jenis 2.
- Berperanan dalam metabolisma tulang. Kira-kira 50 - 60% magnesium dalam tubuh berada dipermukaan tulang. Bersama dengan vitamin D, tembaga dan zinc, magnesium mengurus kadar kalsium dalam tubuh. Kurang magnesium, maka kalsium kurang diserap oleh usus. Tubuh terpaksa mengguna simpanan kalsium, mengakibatkan hakisan tulang. Kekurangan kalsium dan magnesium akan membawa ke arah osteoporosis.
- Berperanan dalam aktiviti reseptor NMDA (N-methyl-d-aspartate), iaitu reseptor saraf yang terdapat dalam selaput sel-sel otak. Reseptor adalah molekeul khusus yang mengawal keluar-masuk maklumat dari sel-sel sistem saraf. Jika magnesium berkurangan, tekanan jiwa dan kecelaruan fikiran akan meningkat.
- Kalsium bergandingan dengan magnesium, mengawal kuncup-kendur semua otot, termasuk otot jantung. Kekurangan magnesium merupakan salah satu penyebab kepada serangan jantung dan tekanan darah tinggi. Gejala awal: kekejangan otot (juga otot jantung dan saluran pernafasan yang menyebabkan asma), sakit kepala dan migraine, sengal-sengal dan kelesuan.
Manganese adalah zat gizi yang paling tinggi dalam bayam; setiap 100 g membekal 0.897 mg manganese (43% + dari kadar saranan harian yang diperlukan oleh tubuh).
- Manganese mengutuh sistem kekebalan; menghasilkan “sel-sel pembunuh” penyirna sel-sel berpenyakit, memperteguh dinding-dinding sel.
- Sebagai faktor gandingan yang perlu bagi mengaktifkan tindak-tanduk aneka jenis enzim bagi menguruskan berbagai metabolisma dalam tubuh. Merupakan sebahagian dari enzim superoxide dismutase (SOD), iaitu anti-oksidan penggempur berkesan membasmi radikal bebas dalam tubuh.
- Mempertingkat fungsi saraf, dan aktiviti sistem saraf seluruh tubuh terpelihara dengan baik; memelihara otak agar kekal berfungsi secara normal.
- Membantu menghasilkan enzim untuk pembinaan dan pembentukan tulang yang normal, tisu-tisu penghubung pada otot, kollagen, tendon, kartilej dan cecair sendi, membantu memampatkan tulang kerangka, terutama tulang belakang.
- Kelenjar 'pituitary' perlu manganese untuk menghasilkan hormon seks, agar organ seks berfungsi sempurna, membantu pencernaan asid lemak dan kolesterol untuk memproses glycogen (bahan penting untuk tenaga dan pergerakan).
- Terlibat dalam metabolisma glutamine, sejenis asid amino yang paling banyak terdapat di dalam tubuh dan menjadi bahagian utama kepada DNA polymerase.
- Juga terlibat dalam metabolisma karbohaidrat, menghasilkan tenaga; mengawal paras gula dalam darah dengan cara menstabilkan penghasilan dan pengeluaran insulin, membantu penyerapan kalsium, pengunaan vitamn B1/thiamin, E dan magnesium yang lebih baik.
Zat Phyto: Anti-Keradangan, Anti-Kanser. Kebanyakan sayur-sayuran mengandungi pelbagai zat phyto — seperti flavonoid dan karotenoid — namun bayam lebih istimewa dengan kelebihan kandungan zat phyto.
Flavonoid. Para pengkaji telah mengenal-pasti lebih dari 1 dozen jenis bahan flavonoid dalam bayam, dikenali sebagai 'methylenedioxyflavonol glucuronides', yang berfungsi sebagai ejen anti-keradangan dan anti-kanser. Dari penilaian para pengkaji, nilai-nilai anti-kanser dari flavonoid tersebut adalah mengkagumkan. Ujikaji keatas manusia menunjukkan bahawa ia mampu melambat proses percambahan sel-sel kanser perut (gastric adenocarcinomas). Ujikaji keatas binatang, mampu mengurangkan kanser kulit (skin papillomas). Pada lewat 1980an, kajian keatas wanita dewasa yang tinggal di New England menunjukkan pengambilan bayam mengurangkan timbulnya kanser payudara.
Karotenoid. 'Neoxanthin' dan 'violaxanthin' adalah 2 jenis epoxyxanthophyll dari keluarga karotenoid yang bersifat anti-keradangan, dan banyak terdapat dalam daun-daun bayam. Beberapa ujikaji mendapati bahawa keradangan berkurangan dengan pengambilan bayam. Kekurangan keradangan telah dikaitkan dengan flavonoid dan juga karotenoid dalam bayam, terutama dalam usus. Keradangan melampau merupakan faktor yang meningkatkan risiko kanser.
Penurunan risiko kanser prostat adalah antara manfaat permakanan bayam. Satu kajian terbaru telah dilakukan bagi mengetahui manfaat sayur-sayuran seperti bayam, brokoli, bunga kobis, kobis, kobis Brussel, sawi/mustard, lobak cina/turnip green, collard, dan kale. Hasil kajian mendapati hanya bayam yang menunjukkan kesan perlindungan terhadap kanser prostat yang semarak (aggressive prostate cancer) yang ditakrifkan sebagai peringkat III atau IV kanser prostat.
Nilai Anti-Oksidan Bayam. Zat flavonoid dan karotenoid dalam bayam bukan saja bersifat anti-keradangan, malahan juga memiliki sifat anti-oksidan.
Bayam sumber terbaik vitamin C, E, A (dalam bentuk karotenoid), dan manganese. Sumber zinc dan selenium yang baik. Zat-zat tersebut adalah zat anti-oksidan, membantu mengurangkan risiko berbagai jenis masalah kesihatan disebabkan oleh bebanan oksidasi.
Lutein dan zeaxanthin - dua (2) jenis karotenoid yang turut terdapat dalam bayam, merupakan anti-oksidan yang berkesan pada bahagian-bahagian mata, seperti retina dan macula. Banyak kajian menunjukkan lutein dan zeaxanthin adalah zat makanan untuk kesihatan mata. Permakanan yang tinggi kandungan lutein dan zeaxanthin dapat mengindar atau sekurang-kurangnya mengurangkan risiko kemerosotan mata dan penglihatan disebabkan faktor usia/age-related macular degeneration (AMD) dan katarat.
Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢
ReplyDelete💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.
2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻
3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.
4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.
5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.
Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.
Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dari kanser.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
………………………………………………………………………....
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
..........................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570