Tumbuhan Herba 1
Tumbuhan Herba 2
Tumbuhan Herba 3
Tumbuhan Herba 4
Tumbuhan Herba 5
Monday, 10 December 2018
Post Bottom Ad
Tumbuhan Herba
Tumbuhan herba merujuk kepada tumbuhan renek berbatang lembut. Biasanya, tumbuhan herba mempunyai batang lembut dan mengandungi banyak air. Pokok herba telah lama digunakan orang Melayu dan Cina sebagai bahan ubat atau penguat tenaga.
Banyak pokok herba juga telah digunakan oleh orang Melayu sebagai ulam untuk dimakan bersama nasi.
Terdapat juga pokok herba yang tidak dimakan secara langsung, tetapi digunakan sebagai bahan untuk menghasilkan minyak atau dipuput (hancurkan dengan lumat seperti krim) sebelum diletakkan di bahagian yang sakit.
Kini hampir setiap orang menggunakan herba. Ia mungkin dalam bentuk produk siap berasaskan herba, rempah ratus atau makanan harian. Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang sedang digunakan atau dimakan, turut mengandungi bahan herba.
Walaupun herba memang bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan, ia juga boleh memudaratkan jika diproses atau digunakan secara salah. Contohnya, herba A disahkan bermanfaat untuk merawat penyakit tertentu, tetapi herba sama boleh memudaratkan jika diambil pada dos tinggi. Dalam konteks ini, herba sepatutnya diproses dan digunakan berdasarkan standard penggunaan yang tinggi dan tepat
Mohd Daharudin Haji Daud
Pada tanggal 22 April, sayup-sayup kedengaran suara tangisan dari mulut seorang bayi kecil yang baru sahaja selamat dilahirkan seawal pukul 6:00 pagi di Kampung Empa, Jitra, Kedah Darul Aman. Anugerah Allah buat kedua pasangan suami isteri, Haji Daud bin Haji Yusoff dan Hajjah Siti Daharah binti Haji Yahya, yang diberi nama Mohd Daharudin bin Haji Daud dan merupakan anak yang keempat dari enam adik-beradik bagi pasangan ini.
Bermula didikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Amar Di Raja, Alor Merah, Alor Setar, Kedah dan kemudiannya menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Darussaadah, Titi Besi, Kepala Batas, Alor Setar, Kedah.
Alhamdulillah, telah berjaya menamatkan pengajian sebagai graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab di Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar, Kedah.